Berikan Ku Waktu Untuk Bersamamu
Meniti Hari...
Tak Puas Bagiku
Dan Kau Pun Berlalu
Tinggal Ku Sendiri
Gelap Seluruh Jiwaku....Hoooo
Ku Ingin Benar Bersama Denganmu
(C /O)
Dan Kau Pun Menjauh...
Tiba-Tiba Kini Kau Telah Berubah
Apakah Salahku..Oooo
Kau Yang Ku Kenali
Dan Kini Menjadi Insan Yang Lain
Dulu Kau Berjanji
Kan Sehidup Semati..Ooo
Meniti Hari....Semuanya Telah Berakhir
Ulang C/O
By : Ery Putra Feat Reen
Sedih seyh ceta nie..rsanya suda lma ak xlayan drama melayu tp drama nie btul2 brjaya memikat ati..lagu pn mmg ssuai sgt la. Tabik spring ar..drama nie mmpu bt ak lupakn keja len & tnanti2 dpn tv.hehe.caya la.....
klu mau tau sinopsis ceta nie, bca la smpai bwk ek..ak cilok dr laman mna ntah.hehe.snggup seyh cri..
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Persoalan (sila jawab yeeerr) :
1. kalau ko jdi nora elena ko snggup ar trima seth 2 as ur husband..
2. Ko rasa btul x pa yg c seth 2 bt...




0 comments:
Post a Comment