BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 13, 2010

' KeLuarGa BaHaGIa '

Ermm bila cerita pasal keluarga ja, mesti teringat keluarga kat kampung...:(...Rasa macam nak nangis pun ada, tapi nak buat macammana, itulah pergorbanan yang harus aku lakukan. Terpaksa meninggalkan keluarga tersayang demi mengejar impian dan cita-cita & berkat yang dorang berikan aku berada di sini, UPSI. Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi pada ketika ini. Kalau cerita pasal keluarga nie, aku memang bahagia sangat. Nak tahu sebab apa..sebab aku dianugerahkan sebuah keluarga yang sentiasa memberi semangat pada aku tanpa mengira waktu dan keadaan, sebuah keluarga yang sanggup menerima aku apa adanya. Sebelum aku bercerita dengan lebih panjang, rasanya biarla aku tunjukkan sikit gambar keluarga aku dulu..hehehe


IniLah KeLuarGa AbDuLLah & NuRaH
DaRi KiRi : NoRasHikiN, NoRhaZLinDa, NoRhuZaiMah

Duduk dari Kiri : MohD AkMaL, MaMa, BaBah dan NoRsYaMieRa AzWa (Me)


KeLuaRGa bESar BerDirI
daRi KirI : PaK LONg, aLOng, aYah, MaMi, PaK NgaH, AnGah

DuDuk daRi KiRi : Ac0, MaMa (wAn), BaBah (ATaN), AnDaK

baWaH : AdiRa, AiZaM, aJ. AiZa
T



Bagi aku keluarga bahagia itu pasti akan wujud bila semua ahli di dalamnya menjalanakan peranan masing-masing dengan sebaik mugkin. menghormati dan memahami. adalah elemen yang sangat penting dalam mewujudkan keluarga bahagia. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Tips Keluarga Bahagia :
  1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah
  2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli keluarga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
  3. Menggunakan lawak jenaka yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
  4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
  5. Makan malam bersama.
  6. Beribadah secara berjemaah.
  7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.


P/S : I LOVE N MISS U ALL SO MUCH

Friday, March 5, 2010

MuHaSaBah C!nTa

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu





Lagu yang begitu menyentuh di hati sejak pertama kali mendengarnya. Begitu indah bait-bait yang disampaikan. Lagu ini juga menyimpan seribu kenangan yang tidak mugkin dapat untuk dilupakan. Akhir sekali, saya ini berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya kerana memberi saranan untuk saya mendengar lagu. Terima lah..lagu ini khas buat kalian..
Norain Bt Haili, Sabarinana Bt Mohd Amin, Wan Fatihah Bt. Wan Norazimin 'n' Zanariah Bt Ismail..THaNk U s0 mUch BeiNg mY fRienD.